← Semua artikel
20 Januari 2025·4 min baca·Team Pesan Makan

Panduan Setup Pesan Makan: Dari Daftar Hingga QR Pertama Anda

Panduan langkah demi langkah untuk setup Pesan Makan dan jana QR code pertama untuk meja kedai anda.

Selamat datang ke Pesan Makan! Artikel ini akan pandukan anda dari daftar akaun hingga QR code pertama anda siap untuk digunakan.

Langkah 1: Daftar Akaun

Muat turun app Pesan Makan dari Google Play Store dan daftar dengan e-mel atau akaun Google anda. Percubaan percuma 14 hari bermula dari saat anda daftar.

Langkah 2: Setup Maklumat Kedai

Masukkan maklumat asas kedai anda termasuk nama kedai, alamat, dan kadar cukai serta caj servis.

Langkah 3: Tambah Kategori dan Menu

Susun menu anda mengikut kategori. Untuk setiap item, masukkan nama, penerangan, harga, gambar, variasi dan add-on.

Langkah 4: Tambah Meja dan Jana QR

Pergi ke bahagian Pengurusan Meja dan tambah meja anda. Sistem akan jana QR code unik untuk setiap meja secara automatik. Anda boleh cetak PDF atau simpan ke galeri.

Langkah 5: Test Pesanan Pertama

Scan QR code dari telefon anda dan buat pesanan ujian. Pastikan notifikasi diterima di app merchant anda.

Tahniah! Kedai anda kini bersedia untuk terima pesanan QR.

Bersedia untuk mulakan?

Cuba Pesan Makan percuma selama 14 hari. Tiada kad kredit diperlukan.

Cuba Percuma Sekarang